Pelajaran hidup dari mendaki gunung
Assalamualaikum...
Mlm ni tergerak hati nak up satu
entri..padahal bersusun lagi entri kat draft tu..last2 entri ni jugak rozi
up..saja nk throwback sikit berkenaan aktiviti yang pernah rozi tergila-gilakn
waktu single2 dlu..ehh skrg pun minat lg tau..tapi rozi redha dengan keadaan
rozi skrg..sebagai isteri dan mama kpd dua ank yang masih kecil membataskan
aktiviti tu.. Lebih kurang 10 tahun yg lalu rozi mula mendaki gunung.. Dari situ
lah rozi bnyk kenal ramai kawan-kawan sbb style rozi, rozi just join mana-mana
group pendaki yg berbeza..even kenal online..member atas member..rozi hentam
saja. Tak reti takut masa tu..risau arwah mak barangkali time tu anak dara
bongsu dia kesana kemari sorang diri..dah lah beraktiviti lasak macam tu pergi
pulak dengan orang tak kenal. Sebab tu last sekali bila rozi cakap member
gunung ajak kahwin arwah bukan main excited. Biarpun dia tak kenal orangnya yg
melamar, bersungguh betul dia suruh aku terima lamaran tu. Sebab arwah mak memang
kalau boleh nak rozi kahwin dengan orang yang sama minat macam rozi. Katanya
senang nanti boleh terus mendaki dan ada orang jaga rozi..
Hmm, actually rozi nak cerita pasal lain. Ohh yer org yg melamar tu dahpun slmt menjadi en.suami rozi..tapi dia tak aktif sgt mendaki jadi kempunan lah si isteri nak mendaki banyak lagi gunung kat malaysia..asyik2 gunung sama je kitorang redah..hmmm ok lah tu dr xde langsung kn..hehe
Cerita mlm ni pasal apa yg rozi dapat dari
aktiviti-aktiviti mendaki gunung selama ni..
1st rozi nak cerita sinopsis/ ringkasan
cerita pendakian rozi. Ini rozi amik dari pendakian gunung2 yang memakan masa
dalam 5 ke 6 hari dan ketinggian 6000 kaki keatas.
Dari mendaki gunung ni lah rozi dapat
kenal pelbagai ragam manusia, kawan-kawan dari seluruh pelusuk negeri dan yang
paling best rozi dapat pergi ke tempat-tempat seperti kampung orang asli yang
mana kami terpaksa menaiki 4x4 untuk sampai kesitu. Lebih kurang 2 ke 4 jam
perjalanan meredahi jalan balak baru kami tiba di kampung orang asli. Perjalanan
4x4 sepanjang jalan balak dimana kebiasaannya kami duduk dibelakang bersama
timbunan beg. Kalau tidak kerana aktiviti mendaki ni entah bila rozi boleh
kenal kampung orang asli yang jauh di dalam hutan. Ada satu kampung tu kami
perlu meredahi hutan dulu baru sampai. Biasanya, kampung orang asli ni adalah
starting point untuk kami mula mendaki pada keesokan harinya. Bayangkan betapa
terujanya rozi masa mula2 mendaki dulu. Pengalaman baru dalam hidup.
4x4 meredah jalan balak..
permulaan mendaki..
kampung orang asli jauh didalam hutan..
pagi dipuncak gunung
beg ni ni selamat dipindah milik sbb rozi xnk simpan brg yg rozi dh xguna..rozi plan nk carik yg kecik2 je kn skrg rozi dh ada en.suami..padan muka dia biar dia bwk brg rozi..haha..
Kerisauan pun ada bila mana rozi kena
mendaki dengan orang-orang asing yang baru dikenali sewaktu dalam perjalanan
menaiki keretapi berjam2 sebelumnya. Tak sempat kenal. Mahu tak risau bila kena
trekking dengan kakak2 dan abg2 yang nampak macam berpengalaman dan sgt2 fit la
kata org. Sedangkan rozi ni dah lah slow, tak kenal orang main join je. Tapi
semua tu sementara je. Untung la rozi ni jenis friendly jugak la. Kejap je jadi
kawan. Bila dah mula mendaki tu kami saling mengenali..ehh tetiba je jadi teman
tapi mesra. Huhu...bayangkan hutan rimba yang jauh dari manusia hanya ada kami2
je. Jadi kami akan jadi rapat secara tak langsung sbb kami saling memerlukan. Tapi
seronok jadi orang baru dan dan dan jadi perempuan. Sebab apa tau. Sebab perempuan
usually tak ramai dari dalam satu2 ekspedisi. Jadi biasanya laki yang masak and
prepare everything..wahhh seronok gitu..layan penat je kita..haha..
Itu cerita yang best2 je..yang perit tapi
indah adalah disepanjang pendakian. Macam2 pengalaman yg tak dapat dilupakan
ada disepanjang pendakian. Ada ketika tu kaki rozi terbenam dalam lumpur
sehingga ke paras peha. Dan yg best bila dh mula berada pada ketinggian 6000
kaki keletihan mula terubat sbb suhu yang sgt dingin, angin segar, lumut yg
menhijau dh mcm cerita the lord of the ring gitu..kaki just pijak ats lumut
je..ishh tersenyum ni sambil menaip..rindunya tuhan saja yg tahu. Rozi sebenarnya
geli sgt ulat. Sampai arwah mak pelik sgt mcm mana rozi nk masuk hutan sbb klu
tgok ulat sampah sekor je pn dah jadi patung tak bergerak..menjerit tak yah ckp la.
Inikan pula nak berdepan dengan pelbagai jenis ulat especially pacat kat dalam
hutan. To tell you the truth, sepanjang 10 tahun rozi masuk hutan tak lebih 5
kali rozi kena pacat. Tu pun sbb mulut berlagak sgt..amik kau dh kena..haha..ye
lah pelik jugak org lain kena tapi rozi tak. Maybe jenis darah kot. Huhu..
Siang malam kami habiskan waktu berjalan
dalam hutan turun naik bukit, menyeberang anak sungai, rehat dan
meneruskan pendakian. Lelah tak yah cakap la.. Tapi kaki tetap melangkah
walaupun dah longlai. Selut dah tak heran tambah lagi hujan yang mencurah. Tetap
kami redahi. Bila dah sampai pada ketinggian 6000kaki badan mula menggigil
setiap kali berhenti rehat. Lalu perjalanan tetap diteruskan untuk sampai ke
destinasi terakhir iaitu puncak. Biasanya kat gunung tak ada punca air jadi
kami kena angkut air dari last water point. So, kena berjimat2 la air yg dibawa
tu. Untung nasib adalah air dlm lopak2 kayu..klu tak selera nk minum mcm tu je,
kitorang buat air milo/horliks ke br tak nampak sgt color air asal tu..haha
Mendaki gunung sgt2 lah penat. Hari pertama
muka ketat je..senyum mmg tak ar..huhu..masuk hari kedua dah mula ada stamina
baru lah layan sikit trek. Padan la muka rozi, orang exercise kita main redah
je..stamina entah kemana..haha..kat hutan yang paling terbayang dalam kepala
milo ais & teh ais..fuhhh tapi best mendaki ngan otai2..menu masakan bukan
calang2 tau. Nasik lemak ada & klu tak silap ayam masak lemak cili api
ek..huhu ntah lah lupa..10 tahun yg lalu punye cerita.huhu
Tak da gambar yg menarik sgt masa on trek
sbb rozi klu kaki melecet terus jadi garang dari singa betina..hehe..klu tak
mulut potpet tak henti ehh mcm tak penat pulak dia..padahal penat wooo...i kn
friendly..hahah...Biasanya, persahabatan kami berakhir
sejurus berakhirnya satu2 trip pendakian. Dan disambung kembali bila jumpa next
trip..sampai kehari ni macam gitu..tu lah orang ckp “member gunung”..
Hoi, panjang pulak sinopsis kau rozi. Sinopsis
mana ada panjang gitu..haha..pendek la tu..panjang lg ceritanya..terlalu bnyk
nk diceritakan. Klu berminat nk tahu apa yg terjadi.disetiap pendakian boleh
try click coretan dari hutan or hiking trip
Okay, kesimpulannya..apa yang terbentuk
dari kesemua pengalaman mendaki ni pada diri rozi hari ni??
1.
Rozi lebih berkeyakinan dan berani
berdepan dengan orang-orang yg rozi tak kenal, tempat baru yg rozi tak pernah
pergi. Cth, last 2008 rozi fly balik Malaysia dr Manchester sorang2..dh la ckp
omputih terabur, pastu kena stop kat dubai dlu transit..nasib tak terlepas
flight ke malaysia..
2.
Rozi lebih mentally strong..hah yg ni mmg sgt2 berkesan. Cth, lepas rozi
kahwin 2009 rozi pregnant pastu rozi further study kat melaka..rozi bwk motor
tau time tu smpi rozi sarat 7 bulan..sorang2 je kat sana. Ehh bukan tu je
dengan selamba je rozi bwk beg gunung yg besar dr tuan tu hampir 2 KM dgn beg
laptop galas depan lg pergi carik umah sewa. Rozi penat rozi selamba duduk tepi
jln. Naik motor tgh hujan ape ada hal..hahah..itu dlu..skrg pun sama..klu ada
yg follow status rozi kat FB tahulah who i am kot..
3.
Semangat..semangat..semangat.. Abg ipar
rozi pernah ckp, kalau gunung boleh daki apatah lagi kehidupan yang mencabar ni
kn..yer, bila rozi imbas betapa kuatnya semangat rozi nak sampai ke puncak
walaupun penat, sakit dan lelah yg teruk rozi masih mampu melangkah. Semua itu
rozi cuba bawa dalam kehidupan rozi skrg. Tapi masih lg mencuba untuk melangkah
lebih gagah..
4.
Bnyk sbnarnye pengalaman dari mendaki
gunung yg telah membentuk diri rozi yang baru..seingat rozi masa sekolah
menengah selalu lah org ckp rozi lembik..lembik..arghh, rozi berazam time tu,
rozi nak atasi semua tu. Mentang2 la rozi tak aktif dlm sukan sekolah..hmm
alhamdulillah masa diploma, rozi terjerumus dlm aktiviti2 mendaki ni. Pastu kn
rozi jumpe balik dgn kawan2 lama yg selalu perli rozi dulu..diorang tak percaya
arghh rozi daki gunung..ehhh ingat aku “petit/rendah” aku tak boleh ke..hihi..
Ok dahh,, ckup disini..ada ke yg baca
sampai ke ayat last ni..rajin uols...thanks..
finally, mendaki hanya klu ada dia..en.suami... *ditempat yg pernah viral dlu..sungai bangang..
0 comments